Sebuah kapal Russia yang membawa 9 krew dan 700 ton batuan emas dilaporkan
hilang dalam satu kejadian ribut di Lautan Pasifik di pesisir pantai
Russia. Kapal yang diberi nama “The Amurskoe” menghantar isyarat
kecemasan pada hari ahad lepas ketika belayar dari Bandar Neran menghala
ke Pulau Feklistov dikawasan perairan Okhost.
Kapal tersebut disewa oleh syarikat perlombongan emas Polymetal
membawa kira-kira 700 ton batuan emas dari tempat perlombongan ke
kawasan lain untuk diproses. Batuan emas adalah bahan mineral yang
dikorek dari lombong dan mengandungi logam berharga.
Jurucakap Polymetal yang mengesahkan kehilangan jejak kapal tersebut
telah berkata mereka belum mengenal pasti nilai sebenar kargo yang dibawa dan
laluan yang digunakan bukanlah kali pertama kerana sebelum ini kapal
yang sama turut berulang kali melalui laluan laut tersebut serta tidak
pernah berlaku kejadian yang diingini sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment