Menguji Ketulenan Gold Bar

on Monday, November 26, 2012
Bagaimana kita nak tahu gold bar Public Gold tulen atau tidak?

Senang saja. Setiap keping gold bar atau gold coin disertakan dengan sekeping sijil yang disahkan oleh Assayer. Assayer adalah pihak yang akan mengiktirafkan ketulenan emas. Nombor siri sijil tersebut akan sama dengan nombor siri pada jongkong emas. Jika anda nak jual balik gold bar, sijil mesti disertakan sekali untuk tujuan memudahkan pemilik baru menjual balik jongkong tersebut.

Bila masa yang paling sesuai nak beli emas?

Lagi cepat lagi bagus. Tapi pastikan bila ada duit lah. Harga emas sentiasa akan naik, tak kira berapa pun harga masa anda beli tu. Walaupun harga masa anda beli tu mahal bagi anda, sebenarnya anda masih beruntung kerana harga tersebut takkan statik di situ. Harga emas tetap naik untuk jangkamasa panjang dengan syarat anda mesti beli emas fizikal.

Apa nak buat kalau lepas beli, harga turun?

Simpan saja. Tunggu bila harga naik balik, lepas tu jual kalau nak buat untung. Kalau tak, simpan lagi untuk kaut hasilnya sebab emas adalah pelaburan jangka panjang. Walaupun harga emas turun selepas anda beli, anda harus ingat bahawa emas tu masih ada dengan anda. Anda takkan rugi jika pegang emas kerana lagi lama anda pegang, lagi banyak keuntunganan anda dapat. Bebeza pula dengan Unit Trust atau Stock Market, bila harga turun merudum, wang pun hangus.

0 comments: