Al Hamzah Gold
Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah DINAR dan DIRHAM“ (Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal)
Monday, March 26, 2012
Berita Yang Mempengaruhi Harga Emas & Perak Sementara Waktu
IMF tambah 28 bilion Euro selamatkan Greece.
WASHINGTON: Tabung Mata Wang Antarabanga (IMF) merancang menawarkan pinjaman baru mencecah 28 bilion Euro (AS$36.7 bilion) kepada Greece sebagai sebahagian pakej menyelamat negara itu daripada kemelut kewangan, kata Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde hari ini.
“Hari ini saya sudah berbincang dengan Lembaga Pengarah Eksekutif IMF dan berdasarkan perkara itu termasuk persetujuan dengan kerajaan Greece, saya bercadang menawarkan 28 bilion Euro lagi untuk membantu Greece dalam melaksanakan program ekonominya untuk empat tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Angka itu dianggap tinggi daripada jangkaan awal selepas negara itu menghadapi jumlah hutang menjangkau 107 bilion Euro.Pakej menyelamat ke atas Greece yang dipersetujuan Kesatuan Eropah (EU) bulan lalu berjumlah 237 bilion Euro. – AFP
Labels:
Emas
Thursday, February 2, 2012
Harga emas mendaki selepas Tahun Baru Cina
Seperti jangkaan ramai pihak, harga emas mula mendaki selepas berakhirnya tahun baru cina baru-baru ini, index MKS yang bermula sekitar 6270 pada pagi 25/01/2012 naik kepada 6415 pagi, mewujudkan pelbagai andaian samada kitaran tahunan yang selalu disebut apabila hari raya cina, atau kerana spekulasi harga minyak besar kemungkinan naik 30% ekoran sekatan baru yang dikenakan Amerika dan sekutu kepada Iran.
Konflik sekatan baru Amerika keatas Iran.
Kerajaan Presiden Hitam Amerika pertama yang diwakili Barrack Obama tunduk kepada desakan Israel untuk membekukan aset Bank Ketiga Terbesar Iran (Bank Tejarat Iranian) serta menghalang mana-mana syarikat luar yang bekerjasama dengan Bank Tejarat untuk memasuki pasaran Amerika, Barrack Obama besar kemungkinan kecut perut apabila mendapat ancaman bunuh dari Pengarang Akhbar Israel, Andrew Adler yang mencadangkan Mossad menamatkan nyawa Obama kerana bersikap anti-israel.
Sekatan terbaru yang dikenakan Amerika dan EU ini meningkatkan suasana tegang manakala Iran pula mengancam untuk menutup Selat Hormuz (Laluan 1/5 minyak dunia) disempadannya. Wakil Amerika di Nato melaungkan untuk melakukan apa saja menggunakan kekuatan tentera bagi menyekat hasrat Iran, besar kemungkinan perang bakal meletus lagi di Asia Barat.
Bagaimana kesan konflik ini menaikkan Harga emas
Sekatan berterusan keatas pegangan Iran diluar negara memaksa Iran untuk menukarkan aset mereka kepada emas dan membawa masuk emas tersebut kedalam negara sebagai reserve. Menyebabkan permintaan emas fizikal meningkat, Walaupun Republik Iran mengakui simpanan emas mereka mampu bertahan selama 10 tahun mereka bercadang untuk menerima emas sebagai tukaran dengan minyak.
India dan China berkemungkinan besar bersetuju untuk membayar Iran menggunakan emas untuk minyak. Langkah yang bakal diikut negara-negara lain yang tidak menerima sekatan Amerika, jika langkah ini berjaya, permintaan emas fizikal akan meningkat tinggi dan menguntungkan pelabur.
Rujukan:
Labels:
Emas
Wednesday, February 1, 2012
Harga Emas Dijangka Cecah RM503 Satu Gram Menjelang 2020.
STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya.Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh. – Berita Harian Online
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Labels:
Emas
Sunday, January 22, 2012
Orang beriman akan berasa gementar apabila menyebut nama Allah.
Bismillah,
Dalam Al-Quran dan Al-Hadits, sememangnya banyak dinyatakan mengenai ciri orang beriman, secara khususnya apabila mereka disebutkan nama Allah dan apabila mereka mengingati Allah. Oleh sebab tingginya kedudukan dan keperluan mengingati Allah dalam setiap detik hayat kita, 'ulama mengkhabarkan kepada kita bahawa:
Perbezaan antara orang yang hidup dengan orang yang mati ialah zikrullah (mengingati Allah).
Dalam ayat yang berikut, disebutkan gambaran perasaan yang dialami oleh mereka yang beriman tatkala disebutkan nama Allah. Sekurang-kurangnya, marilah kita mengambil manfaat daripadanya, untuk dijadikan penanda aras tentang sejauh manakah tahap kedudukan iman kita.
Terjemahan:
"Sesungguhnya orang beriman yang sebenar itu apabila disebut sahaja nama Allah, gementar dalam hatinya dan apabila dibaca sahaja ayat Quran, mereka terus sahaja beriman dan menyerah diri."
"Sesungguhnya orang beriman yang sebenar itu apabila disebut sahaja nama Allah, gementar dalam hatinya dan apabila dibaca sahaja ayat Quran, mereka terus sahaja beriman dan menyerah diri."
Surah Al-Anfal : 2
Doa kita bersama:
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu.
Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.
Labels:
Iman
Subscribe to:
Posts (Atom)


