Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari
melakukannya.Akan saya kupas dalam artikel bertajuk “7 Jangan dalam simpanan
emas ” ini.
1.Jangan malas
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang
berkaitan dengan emas, sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis
emas, produk yang ada di pasaran, dan banyak lagi yang perlu anda ketahui. Jangan
malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.
Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim
pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan
sebagainya. Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan
syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun
menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia
ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus berhati-hati
kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai
tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.
Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas
beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM,oleh itu janganlah
kita menambahkan bilangannya.Syarikat yang dimaksudkan ialah Genneva,jangan
terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih
sebenarnya.Dan yang terkini,scam yang sedang mengganas ialah Barrick
Corporation yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat
pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.
Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing
anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami
simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.
2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu
kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang
memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau
30:70.Contoh seperti ini:
Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya
sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di
ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada
peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat
untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa
membayar pinjaman dan kos upah simpan.
Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan
buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang
tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang
rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar
dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si
pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli
lain
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara
syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling
menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai
dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama.Awas
jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas
atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda
jauhi.Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan
peniaga emas yang membuta tuli.
3.Jangan jual emas anda
Jangan jual emas anda tanpa sebab.Ramai yang keliru
apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk
apakah anda beli emas?Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan
jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di
tangan anda nanti.Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah
2.Hartanah 3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal
bisnes 5.Keperluan atau terdesak
Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum
tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika
anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga
tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda
beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan
sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika anda bukanlah seorang
yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda
sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai contoh
setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.
4.Jangan simpan wang kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya
simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah
penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap
kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang
kertas kita.Jangan terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan
sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi
sebenarnya.
Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan
pelbagaikan pula dengan barang kemas.
5.Jangan tunggu
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang
selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir
setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram
pun orang kata mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah
RM200+ pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin
mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin
kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa RM140/gram,sekarang dah
RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung,kalau yang meniaga macam
mana,lagi untung!
6.Jangan
tolak
Jangan
menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan
Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah
pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita tidak mampu
kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan,tetapi kita boleh
mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah bermula,anda bila lagi?
Perniagaan
gerai kami juga menerima dinar dan dirham,dan anda boleh rujuk senarai
outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang.Saya mencadangkan
agar anda menyertai group perbincangan di facebook iaitu Dinihari
Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan
dirham iaitu Pasar Muamalat DnD.Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan
dirham di sini.Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan
ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya.
7.Jangan
pentingkan diri sendiri
Setelah
anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan
tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang
emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan
yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan
untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa
akan datang.
Tak
guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan
sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat
sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah
cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda
boleh meminta mereka menambah info di internet ..susah-susah suruh saja baca
blog ini.Macam-macam info emas ada.
0 comments:
Post a Comment