Tips Membeli Emas

on Tuesday, November 27, 2012
Ramai yang berhasrat untuk memiliki emas fizikal. Ok, apakah tips untuk kita lihat dalam membuat pembelian emas ini?!

Mari sama-sama kita lihat.


Jenis emas
    • Perkara yang paling penting ialah jenis emas yang bakal dimiliki. 
    • Seeloknya ialah emas fizikal yang boleh di pajak atau jual bila-bila masa di waktu perlu, bukannya akaun emas, saham emas, sijil emas, atau senangnya emas maya tidak elok. Malah ianya tidak jelas hukumnya disisi agama kita islam. 
    • Emas yang dimiliki ialah emas pelaburan iaitu, sama ada ianya goldbar, gold coin atau dinar kerana kesemua ini memang dicipta khas untuk pelaburan maka susut nilainya adalah kecil.
    • Manakala emas dalam bentuk barang kemas pula kurang elok kerana susut nilainya adalah besar apabila kita hendak menolaknya di kedai-kedai emas. Ini kerana barang kemas bukan dicipta untuk pelaburan tetapi ianya sebagai perhiasan wanita.
  1. Ketulenan Emas
    • Ketulenan emas dinilai melalui karat atau 'k'.
    • Emas paling tulen ialah emas 24k, dan seterusnya 22.8k atau 23k, 22k, 20k, 18k
    • Semakin kecil karatnya, semakin kurang tulen emas itu. 
    • Ia juga ada disebut dalam bentuk 3 angka sebagai mewakili peratusan emas dalam sebatian
    • Emas 999.9 ialah emas 24k, emas 995 ialah emas 23k, 916 emas 22k, 875 emas 20k dan emas 850 ialah emas 18k.
    • Semakin tulen emas yang disimpan adalah semakin baik.
    • Emas 24k, 23k dan 22k dikira emas yang paling baik untuk disimpan sebagai pelaburan.
  2. Harga jual
    • Sebenarnya, harga emas adalah penting untuk dilihat dalam membeli emas, namun ianya bukanlah perkara yang paling penting kerana harga emas ini akan sentiasa naik.
    • Walaupun begitu, adalah bijak untuk kita mendapatkan harga emas yang murah
    • Untuk itu, kita kena tahu harga semasa pasaran dunia, harga semasa pasaran tempatan yang ditetapkan oleh FGJAM dan harga-harga emas di banyak tempat yang ditawarkan sebagai perbandingan
    • Sebagai contoh, sekiranya harga FGJAM dan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas 24k pada harga RM172/g, mengapa kita harus membeli emas 24k yang dijual pada harga RM192/g
  3. Spread
    • Spread ialah beza harga jual dan beli oleh pihak yang menjual emas kepada pelanggan.
    • Secara mudahnya, peratusan spread boleh dikira dengan mecari beza harga jual dan beli yang kemudian dibahagikan dengan harga jual tadi serta didarab 100.
    • Lagi kecil % spread yang kita dapat adalah lagi untung.
    • Ini kerana, setelah peratus keuntungan ditolak dengan peratus spread jual-beli, maka itulah untung bersih yang kita akan dapat sebelum ditolak zakat sebanyak 2.5% setahun.
    • % spread adalah sangat penting untuk dilihat dalam membeli emas mengatasi aspek harga emas sebenarnya.
  4. Mudah Dijual balik
    • Mudah dijual balik maksudnya, sekiranya kita hendak menjualnya selain memajaknya diwaktu terdesak, ianya mestilah mudah dan senang.
    • Menjual emas kepada sesiapa pun memanglah mudah sebenarnya, tetapi untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum, seeloknya menjual emas kita tadi kepada tempat atau orang yang kita belinya.
    • Emas Poh Kong dijual balik ke Poh Kong, Wah Chan ke Wah Chan, Poh Win ke Poh Win dan Public Gold kepada pihak Public Gold kembali samada dealer atau syarikat itu sendiri.
  5. Stok yang banyak
    • Jika kita nak menyimpan emas, biasanya waktu harga murah ramai yang ingin beli emas.
    • Penjual yang hanya menjual sedikit amaun gram emas sahaja diwaktu harga murah adalah tidak elok bagi kita pelabur.
    • Di waktu harga emas mahal dan tinggi, banyak pula stoknya.
    • Jadi ini tidak baik untuk strategi pelaburan kita dalam emas.
    • Oleh itu, memastikan emas yang dibekalkan adalah sentiasa mencukupi dan banyak adalah penting.
  6. Jaminan belian balik 
    • Emas tulen seperti emas 24k atau emas yang masih lagi lembut seperti emas 23k dan emas 22k sangat senang terdedah kepada pelbagai risiko fizikal seperti kemek, patah, terguris, calar dan bengkok terutamanya pada emas 24k.
    • Jadi, satu jaminan belian balik oleh pihak penjual emas tadi dari kita adalah sangat penting. 
    • Ini kerana, walaupun emas itu boleh rosak atau dirosakkan, namun, nilainya tetap tidak berubah asalkan berat dan kualiti ketulenannya adalah sama.

If You Buy GOLD in 2009

on Monday, November 26, 2012
If you buy GOLD in 2009 100gm price with RM11,135, what is it worth now? The present value is RM18,374. Increase by 65% for 3 years.

If the value stored in the ASB with RM11,135 you just have around RM14,026 for the entire period of 3 years.


Emas Dijangka Cecah RM6,100 Seauns

PETALING JAYA - Rangkaian runcit barangan kemas terbesar di Malaysia, Poh Kong Holdings Sdn Bhd. (Poh Kong), menganjurkan harga emas di Pasaran global meningkat kepada AS$1,800 (RM5,490) seauns (31.2 gram) menjelang akhir tahun ini. 

Antara faktor yang memacu statistik tersebut ialah sentimen yang kian bertambah terhadap jaminan aset termasuk emas. Pada masa ini,emas dijual pada harga AS$1,770 (RM5,398) bagi 31.2 gram.


Pengarah Eksekutif Poh Kong, Ermin Siow berkata, harga akan kekal menggalakkan sehingga tahun 2015 dan yang pastinya tahun hadapan ia akan mencecah AS$2,00 (RM6,100) bagi 31.2 gram.

Menurutnya, kebimbangan berterusan terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan negara utama yang lain seperti CHina akan pastinya menjadi pemacu kepada harga-harga emas pada masa akan datang.

"Walaupun lebih daripada 60 peratus perdagangan dunia ditransaksikan dalam dolar AS yang tidak menentu nampaknya akan membataskan peningkatannya. "Suntikan modal ketiga yang dilaksanakan oleh kerajaan juga tidak menunjukkan apa-apa tanda pembaharuan kepada ekonomi negara, jadi, ini mendesak para pelabur untuk membeli banyak emas dan bukan dolar AS," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai Tinjauan Trend Permintaan Emas di sini semalam. Siow menerangkan, trend meningkat dalam pembelian emas untuk dibuat pelaburan juga telah melonjakkan melonjakkan harga emas baru-baru ini.

Tambah beliau, permintaan global untuk tujuan pelaburan naik 14.4 peratus untuk tahun akhir 30 Jun 2012. Selain itu, Siow menerangkan, jumlah eksport barangan kemas (emas, perak dan platinum) tahun lepas meningkat8.8 peratus kepada RM5.841 billion daripada RM5.368 billiom pada 2010, dengan Emiriah Arab Bersatu menjadi pasaran eksport terbesar.

China pula merupakan pengeluar emas terbesar di dunia berdasarkan kepada potensi rizab emasnya, juga merupakan pasaran terbesar untuk komoditi berikutan asas populasinya yang terbesar, mengambil tempat India tahun lepas. 

Saya adalah penjual Emas dan Perak serta barang kemas Public Gold yang Sah.. 
 Dealer No. PG019627A
Sila hubungi saya untuk maklumat yang lebih lanjut. 
Shuhaime Hamzah
Email.miehamza@gmail.com, 
Tel.019.330.5596 sms/whatapps

Public Gold Perniagaan Tulen - BNM

 
BANK Negara Malaysia (BNM) akan menyegerakan siasatan ke atas syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd bagi mempercepatkan penyelesaian segera kes itu.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, langkah mempercepatkan siasatan itu diambil berikutan ramai di kalangan pelabur dan penyimpan ingin tahu kesudahan mengenai siasatan berkenaan.

“Dengan menyegerakan siasatan, kes ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat,” katanya di luar majlis Kongres Insurans Asia Timur ke-26 di Kuala Lumpur, semalam.
Pada awal bulan ini, pasukan polis, BNM dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd turut diserbu.

Semua syarikat terbabit disiasat berikutan disyaki melakukan kesalahan antaranya mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.
Sementara itu, Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold Marketing) memaklumkan bahawa BNM mengambil keputusan menggugurkan nama syarikat itu daripada Senarai Peringatan Pengguna pada 29 Oktober.

Selepas penilaian teliti dilakukan, BNM mengesahkan Public Gold Marketing sebagai perniagaan tulen dan tidak mengambil kesempatan ke atas pelanggannya.

Menguji Ketulenan Gold Bar

Bagaimana kita nak tahu gold bar Public Gold tulen atau tidak?

Senang saja. Setiap keping gold bar atau gold coin disertakan dengan sekeping sijil yang disahkan oleh Assayer. Assayer adalah pihak yang akan mengiktirafkan ketulenan emas. Nombor siri sijil tersebut akan sama dengan nombor siri pada jongkong emas. Jika anda nak jual balik gold bar, sijil mesti disertakan sekali untuk tujuan memudahkan pemilik baru menjual balik jongkong tersebut.

Bila masa yang paling sesuai nak beli emas?

Lagi cepat lagi bagus. Tapi pastikan bila ada duit lah. Harga emas sentiasa akan naik, tak kira berapa pun harga masa anda beli tu. Walaupun harga masa anda beli tu mahal bagi anda, sebenarnya anda masih beruntung kerana harga tersebut takkan statik di situ. Harga emas tetap naik untuk jangkamasa panjang dengan syarat anda mesti beli emas fizikal.

Apa nak buat kalau lepas beli, harga turun?

Simpan saja. Tunggu bila harga naik balik, lepas tu jual kalau nak buat untung. Kalau tak, simpan lagi untuk kaut hasilnya sebab emas adalah pelaburan jangka panjang. Walaupun harga emas turun selepas anda beli, anda harus ingat bahawa emas tu masih ada dengan anda. Anda takkan rugi jika pegang emas kerana lagi lama anda pegang, lagi banyak keuntunganan anda dapat. Bebeza pula dengan Unit Trust atau Stock Market, bila harga turun merudum, wang pun hangus.

7 Perkara "Jangan Dalam Simpanan Emas"


Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya.Akan saya kupas dalam artikel bertajuk “7 Jangan dalam simpanan emas ” ini.

1.Jangan malas
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas, sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada di pasaran, dan banyak lagi yang perlu anda ketahui. Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.

Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya. Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.

Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM,oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya.Syarikat yang dimaksudkan ialah Genneva,jangan terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih sebenarnya.Dan yang terkini,scam yang sedang mengganas ialah Barrick Corporation yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.
Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.

2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:

Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.

Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda jauhi.Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.

3.Jangan jual emas anda
Jangan jual emas anda tanpa sebab.Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti.Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :

1.Rumah   2.Hartanah   3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes  5.Keperluan atau terdesak

Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.

4.Jangan simpan wang kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.Jangan terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.

Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.

5.Jangan tunggu
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram pun orang kata mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung,kalau yang meniaga macam mana,lagi untung!

6.Jangan tolak
Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan,tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah bermula,anda bila lagi?

Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham,dan anda boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang.Saya mencadangkan agar anda menyertai group perbincangan  di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat DnD.Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini.Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya.

7.Jangan pentingkan diri sendiri
Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.

Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet ..susah-susah suruh saja baca blog ini.Macam-macam info emas ada.

Sebuah Kapal Russia Dengan 700 Ton Emas Hilang

Sebuah kapal Russia yang membawa 9 krew dan 700 ton batuan emas dilaporkan hilang dalam satu kejadian ribut di Lautan Pasifik di pesisir pantai Russia. Kapal yang diberi nama “The Amurskoe” menghantar isyarat kecemasan pada hari ahad lepas ketika belayar dari Bandar Neran menghala ke Pulau Feklistov dikawasan perairan Okhost.

Kapal tersebut disewa oleh syarikat perlombongan emas Polymetal membawa kira-kira 700 ton batuan emas dari tempat perlombongan ke kawasan lain untuk diproses. Batuan emas adalah bahan mineral yang dikorek dari lombong dan mengandungi logam berharga.

Jurucakap Polymetal yang mengesahkan kehilangan jejak kapal tersebut telah berkata mereka belum mengenal pasti nilai sebenar kargo yang dibawa dan laluan yang digunakan bukanlah kali pertama kerana sebelum ini kapal yang sama turut berulang kali melalui laluan laut tersebut serta tidak pernah berlaku kejadian yang diingini sebelum ini.

Apa yang wanita perlu tahu tentang Emas

on Friday, November 23, 2012

Wanita memang terkenal sebagai golongan yg suka berhias bukan sahaja di badan malah di setiap tempat . Disebabkan itu, kaum hawa ini lebih rajin berkemas di rumah dan mengutamakan kebersihan diri.

1.TIDAK MEMBAZIR
tiada barang kemas asli yg dijual dengan harga murah . Senipis mana pun ia masih tetap dijual pada harga yg tinggi . jika anda berkemampuan , tidak salah untuk membeli sebanyak mana yg anda inginkan kerana ia juga merupakan satu pelaburan untk jangka masa panjang . lihat kemampuan diri sebelum membeli . Tidak perlu berlaku pembaziran jika anda tidak berkemampuan seperti membuat pinjaman.

2.BANGGA DIRI
Islam langsung tidak menggalakkan umatnya untuk bersifat riak atau bangga diri kpd org lain . Sifat mazmunah ini adalah kesukaan syaitan yg suka menghasut umat Islam mengikut telunjunknya . Memakai barang kemas terlalu banyak di pegelangan tangan , leher dan juga jari adalah bukti anda suka menunjuk-menunjuk . Ia juga mendatangkan bahaya kerana mampu menarik perhatian perompak untuk mencuri barang kemas anda . Oleh itu , bersihkan hati dan cukuplah menyarungkan sebentuk cincin di jari manis.

3.GELANG BERLOCENG
Acap kali diperkatakan oleh alim ulama bahawa PEMAKAIAN GELANG BERLOCENG DILARANG SAMA SEKALI . ini kerana ia menarik perhatian org lain untuk memandang anda terutama golongan lelaki yg bukan mahram .

4.BENTUK HIASAN
pelbagai bentuk cincin diukir bagi memenuhi kehendak pelanggan . pemilihan bentuk menyerupai binatang dan seakan-akan tanda salib memang tidak dibenarkan sama sekali . Selain itu , menyarung cincin dijari tengah ataupun telunjuk AMAT DILARANG kerana ia meniru kaum derhaka yg dilaknat oleh Allah SWT semasa zaman nabi Lut AS dahulu . Nabi muhammad SAW pernah berkata kpd Saidina Ali sesudah bernikah dngn Siti Fatimah berpesan jika memakai cincin , pakailah di jari manis dan kelingking ( anak jari )

"EMAS" Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi Di Bunuh

on Monday, October 15, 2012

Muammar Gaddafi dikatakan telah terbunuh dalam serangan berbalas tembakan dan setelah berita kematiannya tersebar luas, maka banyak juga video yang dirakam dimuat turun.. Al-fatihah buat Presiden Libya, Muammar Muhammad Al-Qaddafi..
Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba kita tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan "EMAS". Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik

Berita Yang Mempengaruhi Harga Emas & Perak Sementara Waktu

on Monday, March 26, 2012

IMF tambah 28 bilion Euro selamatkan Greece.

WASHINGTON: Tabung Mata Wang Antarabanga (IMF) merancang menawarkan pinjaman baru mencecah 28 bilion Euro (AS$36.7 bilion) kepada Greece sebagai sebahagian pakej menyelamat negara itu daripada kemelut kewangan, kata Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde hari ini.

“Hari ini saya sudah berbincang dengan Lembaga Pengarah Eksekutif IMF dan berdasarkan perkara itu termasuk persetujuan dengan kerajaan Greece, saya bercadang menawarkan 28 bilion Euro lagi untuk membantu Greece dalam melaksanakan program ekonominya untuk empat tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Angka itu dianggap tinggi daripada jangkaan awal selepas negara itu menghadapi jumlah hutang menjangkau 107 bilion Euro.Pakej menyelamat ke atas Greece yang dipersetujuan Kesatuan Eropah (EU) bulan lalu berjumlah 237 bilion Euro. – AFP

Harga emas mendaki selepas Tahun Baru Cina

on Thursday, February 2, 2012
Seperti jangkaan ramai pihak, harga emas mula mendaki selepas berakhirnya tahun baru cina baru-baru ini, index MKS yang bermula sekitar 6270 pada pagi 25/01/2012 naik kepada 6415 pagi, mewujudkan pelbagai andaian samada kitaran tahunan yang selalu disebut apabila hari raya cina, atau kerana spekulasi harga minyak besar kemungkinan naik 30% ekoran sekatan baru yang dikenakan Amerika dan sekutu kepada Iran.



Konflik sekatan baru Amerika keatas Iran.
Kerajaan Presiden Hitam Amerika pertama yang diwakili Barrack Obama  tunduk kepada desakan Israel untuk membekukan aset Bank Ketiga Terbesar Iran (Bank Tejarat Iranian) serta menghalang mana-mana syarikat luar yang bekerjasama dengan Bank Tejarat untuk memasuki pasaran Amerika, Barrack Obama besar kemungkinan kecut perut apabila mendapat ancaman bunuh dari Pengarang Akhbar Israel, Andrew Adler yang mencadangkan Mossad menamatkan nyawa Obama kerana bersikap anti-israel.
Sekatan terbaru yang dikenakan Amerika dan EU ini meningkatkan suasana tegang manakala Iran pula mengancam untuk menutup Selat Hormuz (Laluan 1/5 minyak dunia) disempadannya. Wakil Amerika di Nato melaungkan untuk melakukan apa saja menggunakan kekuatan tentera bagi menyekat hasrat Iran,  besar kemungkinan perang bakal meletus lagi di Asia Barat.


Bagaimana kesan konflik ini menaikkan Harga emas
Sekatan berterusan keatas pegangan Iran diluar negara memaksa Iran untuk menukarkan aset mereka kepada emas dan membawa masuk emas tersebut kedalam negara sebagai reserve. Menyebabkan permintaan emas fizikal meningkat, Walaupun Republik Iran mengakui simpanan emas mereka mampu bertahan selama 10 tahun mereka bercadang untuk menerima emas sebagai tukaran dengan minyak.
India dan China berkemungkinan besar bersetuju untuk membayar Iran menggunakan emas untuk minyak. Langkah yang bakal diikut negara-negara lain yang tidak menerima  sekatan Amerika, jika langkah ini berjaya, permintaan emas fizikal akan meningkat tinggi dan menguntungkan pelabur.
Rujukan:

Harga Emas Dijangka Cecah RM503 Satu Gram Menjelang 2020.

on Wednesday, February 1, 2012

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.
Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh. – Berita Harian Online