Saturday, December 10, 2011

22 tanda hari kiamat semakin hampir



1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.


Dipetik dar Facebook Ust Azhar Idrus

Doa Menghindar Bebanan Hutang


Berhutang itu bukanlah amalan yang sihat untuk diteruskan jika kita tidak mempunyai sebarang rancangan yang konkrit untuk menyelesaikannya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Juga Baginda saw pernah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)

Bagaimana bebanan kewangan boleh diatasi?

  1. Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang melebihi pendapatan.
  2. Hindari berhutang melainkan sekiranya terpaksa.
  3. Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa berhutang.
  4. Libatkan saksi dalam proses peminjaman.
  5. Pelajari dan berusaha dengan kaedah mendapatkan pendapatan sampingan.
  6. Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat sekeliling.
  7. Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang. (Seperti doa di atas)

iblis jadikan dosa suatu yang indah kepada manusia

SEMUA muslim sejak kecil sudah diajar bahawa wujudnya makhluk halus yang kerjanya hanya menghasut manusia supaya melakukan kerja-kerja jahat.  Erti kata lain perlakuan salah atau dosa manusia sebenarnya didorong oleh hasutan makhluk yang disebut iblis atau syaitan.  Dan semua kita sudah pun sedia maklum bagaimana iblis telah menghasut Hawa dan Nabi Adam di syurga agar melanggar peraturan Allah di sana.  Akibatnya Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari situ dan dihantar ke bumi.


Iblis pula telah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan kehidupan beragama manusia, atau apa saja kelakuaan yang akhirnya menjerumuskan seseorang manusia itu ke lembah dosa, supaya di akhirat kelak manusia itu dibakar api neraka.  Itulah cita-cita utama iblis atau syaitan.

 (Foto hanya hiasan)

Maksud surah al-Hijr:39 “Ia (iblis) berkata ‘Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan menjadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

Sebagai Tuhan Yang Maha Pengasih, Allah telah memberi peringatan agar waspada dengan amal buruk atau kejahatan kerna itu merupakan hasutan iblis atau syaitan.  Maksud surah al-Baqarah:208 “..dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.  Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu.”  Pada ayat 168 surah yang sama pun Allah sudah menjelaskan yang syaitan itu musuh utama  manusia.

Hal ini berarti setiap saat kehidupan manusia, sama ada mereka muslim atau beragama lain sentiasa berhadapan dengan bisikan atau rayuan iblis supaya manusia menjauhi kehidupan yang di perintahkan oleh Allah s.w.t. Sekalipun sebagian besar manusia telah ingkar dengan keesaan Allah dan memilih Tuhan-tuhan palsu yang dirayukan oleh iblis, namun makhluk itu tetap mengawal mereka daripada memikirkan hal kebenaran akidah atau memastikan sepanjang kehidupannya mesti dalam keingkaran terhadap keesaan Allah.

Bagi manusia yang berakidah Islam, iblis atau syaitan tetap mencari ruang untuk seseorang muslim itu melanggar peraturan Allah supaya mereka berdosa dan akibatnya disiksa dalam neraka di akhirat  kelak.

Kelicikan iblis untuk menyesatkan umat manusia tidak terbatas terhadap hal-hal yang sedia dimaklumi mengenai perbuatan jahat atau keji seperti mencuri, menipu, berzina atau memakan makanan yang haram.  Tipu daya iblis sangat hebat sehingga manusia yang sudah dalam genggamannya, apabila melakukan perbuatan yang menyalahi peraturan Allah akan merasakan betapa baik dan indahnya perlakuan salah mereka.  Orang-orang seperti ini, jika didakwahi supaya kembali ke jalan Allah (jalan al-Quran dan sunah rasul), mereka akan menolaknya dengan alasan-alasan yang sangat munasabah (rasional) berdasarkan budaya hidup semasa.

Maksud surah al-An’am:43 “Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi apa yang mereka selalu kerjakan.”

Contoh pertama, lihatlah bagaimana kumpulan manusia yang mendakwa bahawa Nabi Isa adalah Allah.  Mereka menguatkan hujah bahawa itulah kebenaran akidah di sisi Allah dengan mengatakan kasih sayang Allah kepada manusia yang sanggup menjelma sebagai Nabi Isa demi menyelamatkan seluruh manusia daripada dosa asal iaitu dosa Nabi Adam dan Hawa.  Iblis memperindah pegangan salah akidah mereka hingga sangat sukar menerima kebenaran bahawa Nabi Isa hanyalah seorang manusia biasa yang dipilih sebagai rasul sebagaimana rasul-rasul yang lain.

Kedua, pelaku-pelaku maksiat seperti mereka yang terlibat dalam pergaulan bebas juga telah mendapat bimbingan iblis untuk memberi hujah betapa indahnya percintaan dan rayuan asmara lelaki dan perempuan.  Kata-kata putis lelaki terhadap kekasihnya dikarang dengan bahasa yang menyebabkan si wanita sangat ingin bertemu dengan si lelaki.  Itulah iblis yang menjadikan indah perbuatan salah yang dilakukan manusia.

Begitu juga Iblis telah menjadikan orang-orang yang mendedahkan auratnya dalam bidang hiburan dan sukan sebagai indah, walhal perbuatan itu buruk di sisi Allah. Perhatikan mereka mendapat pujian dan harta benda yang banyak, dan ini sangat menggembirakan iblis yang menjadi mentornya.

Ketiga, di sisi lain bahawa iblis tidak akan merayu seseorang ahli agama untuk melanggani arak atau pelacur di kelab-kelab malam.  Iblis tahu ahli agama sudah mantap pertahanannya dengan mengatakan arak, pergaulan bebas, judi, narkotik dan rokok sebagai perkerjaan iblis (dosa).  Oleh itu  iblis akan membuat hasutan dalam bidang agama yang sangat ditekuninya.  Iblis akan memuji kehebatan ilmu dan hujah ahli agama berkenaan sehingga orang itu menganggap dirinya sahaja yang benar dan manusia lain sebenarnya jahil.

Seperkara lain, iblis sangat bijak memesongkan ahli-ahli agama melalui jalan agama juga.  Seperti paderi-paderi Kristen yang dipesongkan akidahnya sehingga sesat dan kufur, sebagian ahli-ahli agama muslim dipesongkan amalan agamanya melalui amalan bid’ah. Ada ahli agama yang membuat amalan baru dalam beribadah (untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah), yang tidak ada petunjuk daripada Allah dan rasul-Nya dan iblis berjaya menggambarkan diri mereka sebagai hamba yang salih kerna perbuatan bid’ahnya Inilah pekerjaan iblis yang menjadikan kesalahan atau dosa dirasakan indah dalam kehidupan, walhal semua itu  kesesatan yang dimurkai Allah.

Maksud surah Muhammad:14 “Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Tuhannya sama dengan orang yang dijadikan terasa indah baginya perbuatan buruknya dan mengikuti keinginannya?”

Semua tipu daya iblis hanya bertujuan untuk menjerumuskan manusia ke dalam neraka. Hubaya-hubayalah kita yang menyedarinya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...