Friday, March 6, 2009

hakikat ikhlas dan kesempurnaan ikhlas


Sebenarnya ikhlas tu apa maksudnya? 

Hakikat ikhlas : Bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu tasawur (terbuka / terdedah) mencampuri akan dia oleh sesuatu yang lain. Maka apabila suci ia daripada suatu yang mencampuri; itu dinamakan kholis (bersih) dan di namakan perbuatan orang yang menyucikan itu IKHLAS

Seperti firman Allah yang bermaksud: 
"Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada di dalam perutnya berupa susu yang bersih di antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya."  Surah An-Nahl:66

Jadi, sesungguhnya kebersihan susu itu adalah tiada didalamnya campuran dari darah dan tahi dan dari setiap apa yang mungkin bercampur dengan dia.. Ikhlas ni bersih dan ibarat seperti kebersihan susu tu jugalah..

Bilakah masanya kita ikhlas? 
Apabila seseorang menyucikan amalnya itu daripada ujub, riya', kasih akan dunia, hasad, takabbur atau lain-lain jenis maksiat dalam hati, maka secara automatik apa yang dibuatnya itu adalah semata-mata kerana Allah. Ini lah amal yang bersih dan barulah dinamakan ikhlas. 

Ditanyakan kepada Sahal r.a.: "Apakah yang paling berat atas diri?" Sahal r.a. menjawab: "Ikhlas, kerana tiada bagi dirinya itu (keuntungan)." Ini bermaksud, amal dengan ikhlas ni adalah kita tak mengharapkan apa-apa pun balasan daripada Allah.

Abu Usman berkata: "Ikhlas ialah lupa melihat makhluk, dengan berkekalan memandang kepada Al-Khalik sahaja." Ustaz ajar lagi, soal pembersihan (ikhlas) ini begitu rumit, tersangat payah dan amatlah halus. Ini kerana ikhlas itu adalah persoalan hati kita atau jiwa kita atau roh kita. Bagaimana halus dan samarnya pengetahuan kita tentang roh kita, begitulah juga halus dan samar ikhlas ini.. 

Hanya mereka yang hidup cahaya mata hatinya sahaja yang mampu melihat dan menyaksikannya. Hanya mereka yang hidup rohnya sahaja yang akan mengenali makna sebenar hakikat ikhlas ini. Hanya mereka yang memiliki Ilmu yang Haq (adab tasauf) sahaja yang dapat mengkholiskan (membersih / ikhlas) amalannya.. 

Bermulanya benar (sidiq) di dalam niat kita adalah kembali kepada ikhlas dan niat ingin berbuat kebajikan. Maka jikalau ada bercampur di dalam niat berkehendak berbuat kejahatan (tak kiralah untuk kepentingan diri atau mendapat sesuatu balasan atau tujuan selain daripada Allah) maka hilang nama sidiq / benar niat itu... Memang sukar nak capai keikhlasan hati ni.. Ini adalah kerana tujuan / kehendak yang baik kadang-kadang bercampur dengan syirik yang khafi (tersembunyi). 

[Syirik ada 2 jenis : syirik khofi (tersembunyi) dan syirik jali (nampak)]
Dan keikhlasan belum benar-benar bersih kerana masih bercampur dengan sesuatu maksud atau tujuan selain daripada Allah. Jika seseorang melihat kepada usaha dan perbuatannya (Cth: Muazzin yang sanggup melaungkan azan di masjid), dan mengharapkan pula sesuatu sbg ganjarannya (mengharapkan ganjaran elaun yang disediakan. atau nak syurga semata-mata), bagaimana dapat dikatakan ikhlas itu dan bagaimana dapat dikatakan benar ikhlas itu kerana permintaan (nak duit elaun. nak syurga). 

Mereka itu menunjukkan bahawa dia mendakwa amalan itu darinya yang sewajarnya diperhitungkan. Ini adalah bertentangan dengan pandangan makrifat kerana hakikatnya (zahirnya amal / perbuatan), Allah yang memberi taufiq dan berlaku amalan itu dengan Qudrat dan Iradat-Nya. Sepatutnya mereka bersyukur kerana dapat melakukan amal itu dengan limpah kurnia Allah kerana dengan bersyukur inilah mereka akan dapat melihat kpd Allah tanpa mengaitkan sesuatu usaha / ikhtiar dari dalam dirinya. Maka kesempurnaan ikhlas yang sidiq adalah menghilangkan dakwaan pada amalan dan melenyapkan amalan itu wujud dari dirinya.

Ini sebab, amalan yang kita lakukan itu adalah pemberian Allah. Maka tidak munasabah sekali jika kita meminta sesuatu balasan kepada orang yang telah memberikan sesuatu hadiah kepada kita. Hanya yg tidak berakal sahaja yang melakukannya. Pada sisi mereka yang berakal, mereka akan membalasi pemberian itu dengan berterima kasih kepada pemberi itu. Kata Ibni Ruslan di dalam risalahnya yang disyarahkan oleh Sheikh Al-Islam Zakaria rahimahullahi taala; "Bermula kamu semua syirik yang khafi (tersembunyi) dan tiada nyata bagi tauhid kamu, melainkan apabila kamu terkeluar daripada kehendak kamu di dalam berbuat ibadat itu, dan berbuat ibadat itu kerana Allah Taala dan kerana ingin menghampirkan diri kepada Allah supaya kasih Dia akan engkau." 

Inilah makna kata Imam Ghazali: "Bermula niat itu tiada dapat diusahakan dengan ikhtiar." kerana makna niat itu: Kehendak yang tetap di dalam hati. Kehendak yang ikhlas lagi sidiq hanya lahir dari hati yang bersih dan bersifat dengan sifat Yang Haq. Jadi, apakah ikhlas ini boleh kita latih? Jawapannya tidak. Dan ini adalah sebahagian makna yang tersirat di sebalik firman Allah Taala yang bermaksud: "Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia Aku, Aku taruhkan ia di hati hamba yang Aku kasihi daripada hamba-hamba-Ku." Siapakah hamba-hamba yang dikasihi Allah ini? Hamba-hamba Allah yg istimewa ini adalah yang menjadikan ikhlas dan sidiq sebagai pakaian dan perhiasan bagi dirinya. 

Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimahullahi Taala; "Apabila menuntut akan menghampirkan kepada Allah Taala dengan sebenar-benar ikhlas, nescaya memberi Allah akan dikau akan cermin (terang hati dan tajam mata hati) pada tanganmu hingga lihat akan tiap-tiap sesuatu pada segala rahsia ajaib di dalam dunia dan akhirat." 

My aunty's case... I think :-D Ini adalah sebagai anugerah Allah sebagai kurnia-Nya pada hamba-Nya yang berjaya menjejaki hakikat ikhlas yang sidiq. Inilah sumber ilmu mereka yang mana mereka belajar melalui Ilmu pembukaan (Mukhoshafah).

Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimahullahi Taala; "Bermula segala pekerjaan agama itu sekaliannya kembali kepada dua asal iaitu,"

- pertama, perbuatan itu daripada Allah Taala (hingga kita mampu melakukannya)
- kedua, perbuatan daripadamu itu adalah kepada Allah Taala. "Maka seharusnya engkau redha akan sesuatu yang diperbuat oleh Allah akan engkau. Hendaklah engkau ikhlas kerana Allah di dalam amal yang engkau perbuat. Maka apabila engkau perbuat dua perkara ini nescaya engkau dapat kebahagian dan kemenangan di dalam dua negeri yakni dunia dan akhirat."

Jadi, kita sebenarnya tidak boleh melihat pada usaha dan perbuatan kita. Kerana itu bermaksud kita mengharapkan balasan daripada Allah, walaupun ia adalah tujuan kebaikan. Ini sebab berlakunya segala amalan itu adalah kerana Qudrat dan Iradat-Nya. Kita dapat beramal kerana kita dilimpahi Taufiq oleh Allah untuk beramal. Maka kita perlu sentiasa bersyukur sekiranya dapat beramal. Lelaki yang tiada kaki pun dapat ke Baitullah kerana mendapat Taufiq dari Allah. Padahal dia tidak mampu kerana tidak mempunyai kaki... Ia tidak ada kaitan langsung dengan ikhtiar dari diri lelaki itu sendiri. Kita juga sepatutnya bersyukur pada yang memberi, bukan pada apa yang diberi.

Contohnya seorang ayah telah memberi wang kepada 3 orang anaknya. Seorang dapat RM 5, seorang dapat RM 3, dan seorang lagi dapat RM 0.50. Maka anak-anak itu tentu akan mempersoalkan kenapa abang dapat banyak, adik dapat sikit dsb. Maka ini bermaksud anak-anak itu memandang pada apa yang diberi, bukan pada yang memberi iaitu ayah. Macam cerita Ahmad Albab le.. birthday gift mahal-mahal dari anak baru ayahnya suka.

Kita pun sama je kan... ada 1 hari kita bersyukur sebab dapat rezeki (walau sedikit). Tapi esoknya bersyukur lebih banyak bila dapat rezeki yang lebih banyak daripada semalam.. Beribadat ni, sebenarnya adalah mengikut kehendak Allah, bukan atas kehendak kita sendiri. Maksudnya keluar daripada nafsu sendiri, dan masuk pada kehendak Allah semata-mata (Tauhid dalam beribadah). Oleh itu, Solat kita adalah seperti kita berkhidmat pada Allah tanpa boleh mengharapkan apa-apa balasan seperti pahala dsb. Tapi dalam solat kita berdoa, kan?

Tentu confuse... Tak, doa itu walaupun untuk kebaikan kita sendiri, ia tetap termasuk dalam kehendak Allah kerana ia adalah perintah Allah. Dan doa yang kita baca tu pun adalah doa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan para sahabat. Ada satu benda yang boleh motivate kita.. Apabila solat, janganlah langsung mengharapkan Syurga. Fikirlah hanya Allah. Focus hanya pada Allah, bukan yang lain-lain. Kerana kita dapat syurga pun daripada Allah. Atas kehendak Allah sama ada Dia nak bagi syurga atau tidak. Siapalah kita, manalah layak kita nak harapkan Syurga. Apabila kita meminta syurga, seolah-olah kita lupa yang segala-galanya datang dari Allah.

So adalah lebih berhak untuk memikirkan Allah sahaja.. Because Allah is on the TOP of all things... Amalan ini juga adalah seperti suatu sedekah. Sedekah tidak boleh diungkit-ungkit. Amal tidak boleh dilihat atau dinilai oleh kita kerana ia adalah dari Allah. Bagi siapa yang mengharapkan syurga, maka pemeriksaan yang amat rapi dilakukan kerana syarat-syarat memasuki syurga adalah amat ketat. Jika mahukan syurga, maka seseorang itu akan dapat syurga (darjat), tetapi tidak semestinya dapat melihat Allah. Yang pasti, nak tetapkan niat Ikhlas di dalam hati bukanlah dapat dilakukan dalam 1 atau 2 hari... Ikhlas adalah ketetapan dalam hati yang datang dari Allah dan bukan atas ikhtiar diri sendiri. Ikhlas tidak boleh berubah dan sentiasa tetap. Ikhlas juga datang dari hati yang bersih...

Hukum mempelajari Ilmu Tauhid adalah wajib diketahui oleh lelaki dan perempuan yang baligh kerana ia Fardhu Ain. Apakah kelebihan mempelajari ilmu Tauhid? Kelebihannya adalah ia adalah ilmu yang termulia. Ia adalah berkaitan dengan zat Allah dan Rasul.. Ilmu Tauhid juga adalah ilmu asal dan yang lain-lain adalah ilmu cabang. "Sesungguhnya tanda-tanda kasih sayang Allah adalah diberinya kefahaman agama kepada hamba-hamba-Nya."

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...